Ini adalah penjelasan tentang masalah Vatikan, dunia Kristian, misteri okultisme dan kelompok rahsia (occultism and secret societies)
Setiap Paus yang dilantik di Vatikan mengetahui sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini. Bukan sahaja Para Paus tetapi para Biskup dan paderi-paderi kanan termasuk pendakwah-pendakwah mereka juga mengetahui rahsia ini dari sumber-sumber yang tidak diketahui. Siapa yang tidak mengetahui adalah pengikut-pengikut Kristian yang dungu dan tidak dianggap elit oleh Kelompok Rahsia yang mengawal Vatikan dan Dunia Kristian itu sendiri. Ini kerana, dua rahsia ini adalah 'mantera' peringkat pencerahan agung ( Grand Illumination) dalam secret societies yang mengawal Vatikan. Kami panggil ini: Jigsaw Puzzle Kesesatan kerana di dalam Al-Quran orang-orang Nasrani(Kristian)adalah kaum yang menempuh jalan yang sesat. Kami mempunyai kepingan jigsaw puzzle sekarang dan ingin memberikan kepada anda untuk bersama-sama mencantumkan ia ke dalam 'Gambar Besar' kita.Jika anda tidak mahu mencantumnya sekarang,maka anda akan dipaksa mencantumkannya setelah anda menempuh kematian. Ini adalah satu permainan.
Ini adalah Mistisfiles.
Setiap Paus yang dilantik telah menempuh jalan-jalan 'kebenaran' mereka yang tersendiri. Dari peringkat pelatih (apprentice), paderi, biskup hinggalah mencapai pangkat Paus sebagai ketua umum Gereja Roman Katolik, sudah tentu banyak rahsia yang mereka ketahui.Dan sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini telah mereka ketahui. Tetapi yang anehnya mereka terpaksa menyembunyikan rahsia ini. Amat terpaksa. Jika rahsia ini terbongkar, maka sudah tentu nyawa, kewibawaan, sumber rezeki hatta keimanan mereka kepada kristian itu sendiri akan punah-ranah.Begitu hebat kuasa yang terpendam di dalam dua rahsia terbesar ini sehingga para penulis, pengkaji dan pembuat filem berlumba-lumba mengorek rahsia yang terpendam ini.Rahsia-rahsia ini yang kami namakan 'jigsaw puzzles', adalah kesimpulan dari misteri di sebalik pergerakan syaitan Illuminati dan Freemason dan perkaitan mereka dengan Dunia Kristian.Terdapat banyak rahsia yang amat kompleks dan bersimpul-simpul di dalam beribu-ribu kisah, mitos, kos-kod rahsia serta harta karun terpendam, namun kami berikan dahulu dua keping jigsaw puzzle ini dahulu. Dua rahsia ini cukup untuk menjawab separuh misteri ini. Selamat Datang Ke Dunia Pemikiran Baru.
Tentu anda terlalu ingin tahu apakah rahsia terbesar yang disimpan oleh setiap Paus atau sekurang-kurangnya majoriti dari mereka. Kami akan memberikan ia kepada anda. Rahsia yang akan kami beritahu ini adalah bertaraf 'Rahsia Dalam Rahsia'. Anda akan bakal mengetahui Mantra Ajaib Pencerahan Agung ini sama seperti yang dipegang oleh Ketua Umum Illuminati atau Imam Besar berpangkat 33 Darjat Freemason atau para Mufti Iblis Commitee 300 ( Majlis Tertinggi pergerakan syaitan Freemason).
Sungguh!Para pengikut Freemason itu sendiri tidak mengetahui rahsia ini. Ini kerana sudah menjadi prinsip Freemason untuk membuka sedikit-demi sedikit rahsia (atau istilah Freemasonnya 'Pencerahan' - Illumination) selaras dengan peningkatan darjat mereka dalam pertubuhan. Dari kelab-kelab kecil mereka seperti Lion Club atau Rotary Club hingga ke Lodge-lodge Agung mereka, rahsia mengenai siapa Tuhan sebenar dan rahsia Alam Semesta akan dibuka satu-persatu.
Juga, para pengikut Kristian juga amat-amat jahil tentang Dua Rahsia Terbesar yang mati-mati disorokkan Imam Besar mereka; Paus Vatikan di dalam Koleksi Perpustakaan Diraja Vatikan sehingga diwujudkan banyak kod rahsia, lorong rahsia dan bilik rahsia dan segalanya misteri dan rahsia, untuk memadamkan Dua Rahsia Terbesar yang juga mendekati tahap Pencerahan Agung Sang Iblis Izazil Laknatullah ( The Azazel Watcher Lucifer of Fallen Angel). Jika anda betul-betul faham maksud di sebalik dua rahsia ini, ini akan memimpin anda kepada satu 'Zikir Agung' yang selalu diingati oleh Iblis Laknatullah dari era menjawat jawatan Ketua Malaikat (The President of Archangels) hinggalah menjadi makhluk terkutuk.Percayalah, zikir inilah yang selalu dikenang-kenang oleh Iblis sehingga ke saat ini, sehingga mengalirkan airmatanya... sesungguhnya Iblis tidak mampu merubah takdir yang ditetapkan kepadanya walupun menggunakan seluruh kekuatannya namun kita di sini, mahukah kita mengubah persepsi kita yang banyak menyesatkan atau bersama-sama 'takdir' Sang Iblis? Ingin kami maklumkan di sini, rahsia kedua ini amat sensitif kepada umat Kristian. Rahsia pertama juga sensitif, tetapi rahsia yang kedua melengkapi sensitiviti ini, sehingga para pengkaji konspirasi Kabbalah-Kristian cuba mengelak dari mendedahkan rahsia kedua ini, walaupun itulah keputusan yang berulang kali mereka temui dari 'makmal' penyelidikan mereka. Dua rahsia ini amat penting dalam mengungkap rahsia Da Vinci Code, Rennes le Chateau, Knight Templar, Rosicrusian serta golongan-golongan kristian awal seperti Essenes dan misteri skrol Nag Hammadi.
Dua rahsia itu adalah...
Sebelum kami kami memberitahu anda Dua Rahsia Terbesar ini, ingin kami jelaskan kepada anda apakah dia dua pergerakan syaitan terkenal yang selalu di sebut-sebut dalam artikel-artikel kami.
Dua pergerakan syaitan itu adalah Illuminati dan Freemason.
Mungkin ada di antara anda yang masih tidak mengetahui nama dua pergerakan syaitan ini. Mungkin ada yang mengetahui-mungkin dari buku-buku atau filem-filem (contoh: Tomb Raider) tetapi tidak mengendahkannya:
-mungkin itu hanya nama rekaan pembuat filem atau penulis buku.
-mungkin nama itu memang ada tetapi tidak begitu penting baginya untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya.
-nama itu sekadar hiburan dan fiksyen.
Kami ada membuat pemantauan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia termasuk di universiti-universiti. 99% responden kami dari sekolah-sekolah menengah tidak mengetahui secara tepat apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'Freemason' atau 'Illuminati'.Tepatnya 97% dari mereka memang tidak pernah mendengar nama pergerakan syaitan ini. Kajian di universiti juga menunjukkan hasil yang lebih kurang sama tetapi menunjukkan peningkatan sedikit. 10% dari mereka memang ada membaca mengenainya dan mempunyai pengetahuan asas tentangnya.
Mereka tidak mengetahui bahawa pergerakan-pergerakan syaitan itu benar-benar wujud!
Sebelum kami menyerahkan dua rahsia terbesar ini, anda perlu melengkapkan diri dahulu dengan pengetahuan dari dua pergerakan syaitan ini. Ini kerana jika anda tidak mempunyai pengetahuan asas sekali pun mengenainya, pasti anda akan menjadi:
-panik, bingung dan terkejut
-histeria
-terkedu dan hampir pitam
-menangis dan teramat depresi
-gila (tahap berat)
-menolak bulat-bulat; tidak mempercayainya
Kami tidak bergurau atau bermain-main dengan anda mengenainya. Cuba tanya dan kaji sendiri mengapa banyak Paus sendiri mati dalam keadaan misteri termasuk Pope John Paul I —"DeMedietate lunae" (of the half moon) yang kematiannya banyak dispekulasikan sebagai konspirasi pembunuhan.Dan beribu-ribu orang lagi mati kerana mengetahui dua rahsia ini tanpa ada pengetahuan asas sekalipun mengenainya. Ingat!Pengetahuan adalah RAJA.Tetapi Pengetahuan yang DIGUNAKAN adalah RAJA YANG BERKUASA. Kalau tidak, mengapa Paderi dari Espéraza keluar dalam keadaan histeris dari bilik Paderi Francois Bérenger Sauniére (Penemu kod rahsia Templar) yang sedang nazak. Badannya bergementaran. Mukanya pucat. Kedua matanya terbelalak seperti melihat hantu. Ini terjadi selepas mendengar rahsia yang dibisikkan oleh Sauniére yang sedang nyawa-nyawa ikan.Kalau tidak mengapa seorang pelatih paderi dari Sabah terkejut melihat Al-Quran diletakkan di atas altar Royal Library Paus di Vatikan dan digunakan untuk upacara mengangkat sumpah bagi perlantikan pegawai tertinggi Vatikan?Mengapa seorang paderi Melayu yang menjadi anak murid seorang paderi besar masuk Islam selepas mendengar 'rahsia sulit' yang dibisikkan oleh paderi besar itu ketika saat kematiannya sebagai wasiat terakhir setiap paderi vatikan.Ada maksud disebalik semua itu. Jika anda adalah peminat-peminat buku-buku seperti Da Vinci Code, Angels and Demons,The Solomon Key, Holy Blood Holy Grail, The Hiram Key atau peminat filem seperti Da Vinci Code atau National Treasure, ini adalah hadiah untuk anda. Jika anda puas dengan penjelasan yang diberikan oleh pengkaji-pengkaji misteri Da Vinci Code dalam buku-buku mereka, ketahuilah, sesungguhnya mereka masih menyembunyikan banyak kebenaran lagi. Apa yang anda tahu tidak sampai 10% dari kebenaran yang sebenar-benarnya.
Ini adalah rahsia bertahap Zikir Agung Perhimpunan Altar Iblis Illuminati.
Ini adalah rahsia konspirasi Matrix syaitan...
Ini adalah kunci kepada kod rahsia Zikir Agung Izazil dimana ketika orang-orang kafir, Dajal, Yahudi, Nasrani dan Majusi datang berbondong-bondong kepada Iblis di dalam Neraka untuk mengetahui kebenaran terakhir, Sang Iblis akan mengungkap 'KEBENARAN TERAKHIR' itu. Siapa yang membaca Al-Quran akan mendapat kunci rahsia ini sebelum mendapat tahu dari Mistisfiles lagi.
Ini adalah permainan.
Bukankah Tuhan sudah menyatakan di dalam kitab-Nya:
"Kehidupan di dunia ini tidak lebih hanya permainan dan senda gurau semata"
Belajar dan fahami sendiri rahsia ini...
Kami tidak mengajarkan anda Kebenaran tetapi kami ingin menghulurkan anda cebisan jigsaw puzzle kami
Cantumkan ia
Buangkan mana yang tidak perlu
Belajarlah kerana kebenaran itu didapati dari pembelajaran
Berapa ramai orang Melayu-Islam murtad kerana tidak mahu belajar tentang keIslaman mereka?
Berapa ramai saintis dan penyelidik Barat masuk Islam selepas mengkaji bertahun-tahun semata-mata mahu mengetahui nama Tuhan dan Kekasih-Nya?
Berapa ramai!!
Cuba beritahu kami
Buat permulaan belajar dahulu tentang Freemason dan Illuminati
dan kami akan beritahu 'Kata Rahsia' itu
kumpul dan cantumkan dalam serpihan 'Gambar Besar' kita
jangan berhenti kerana jika anda berhenti anda akan sesat dan
akan dipaksa mencantum jigsaw puzzle ini semula dalam keadaan tersiksa, telanjang dan menangis
selepas kematian anda...
Ingat!Ini adalah permainan dan anda sudah mendaftar dalam permainan ini
jika anda menganggap kami mengarut dan membuang masa anda, sila keluar dari laman ini dan cari pengumpul jigsaw puzzle yang lain
yang anda anggap benar, tidak mengapa, kami doakan anda menemui Kebenaran Terakhir itu
atau anda boleh tidur dan meneruskan kehidupan seperti biasa semula tetapi ingat!
Jangan sebut sedikit pun nama Mistisfiles ketika anda dipaksa mencantumkan kembali jigsaw puzzle yang anda buang itu
Kami mengalu-ngalukan anda bersama-sama kami mencantumkan jigsaw puzzle ini
Mari kita bermain bersama
ini adalah satu permainan
SELAMAT DATANG KE DUNIA PEMIKIRAN BARU
Wednesday, September 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment